sudah lama aku tidak menulis warkah ini
Waktu yg lepas sudah pun pergi
berbagai perkara telah berlalu pergi
Ada yang gembira ada sedih
Walau apa terjadi waktu tak kembali
Ingatlah siapapun kita akan kembali
kerumah yang abadi tanpa kehancuran
Disana tiada pengianayaan mahupun penipuan
Yang ada keadilan yang pasti
Diri ini terkadang terlupa asalnya
Terlupa akan kasih Maha Pencipta
Biarlah disini tidak sempurna didunia
Tetapi disana biarlah sempurna akhirat
Siapa tidak merindukan pencipta dirinya
Didalam hati mereka ingin kembali
Walau kau rasa lemah sendirian
Tapi ingatlah kau tak pernah sendirian
Kerana masih ada yang sayang
Diri kita tak pernah kesepian
Ingatlah dia yang berkuasa mutlak
Jika tidak diizin kuasaNya satu jari
pun kau tidak mampu angkat
Sayangnya tidak ada musim pengakhiran
KasihNya agung lebih dari kasih manusia
Tapi ingatlah murkaNya amatlah pedih
tidak mampu untuk kau tangung
Bergembiralah bagi yang ingat kuasanya
Kembalilah bertaubat kerana Dia Maha Pengampun
Aku ingin kembali kepada rahmatNya
Kerana rahmatNya membawa kebahagiaan selamanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan