Isnin, Disember 14, 2009

ANAK KECIL MAIN API




anak kecil main api

terbakar hatinya yang sepi

air mata darah bercampur keringat

bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesama kita

cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ke tangan yang lain

pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam

kan lenyap peristiwa semalam

tertutup hati terkunci mati

maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa

yang akan menentukan bangsa

bersatulah hati bersama berbakti

pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa

majulah dengan gagah perkasa

janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara!

renung kanlah lagu ni

hemm..... aku tetap aku

3 ulasan:

  1. Lagi 38 hari until your birthday eih? Cam na belanja Mak Long Pizza OK?

    BalasPadam
  2. Tak leh La Mak Long
    Syahir x kerja lagi

    Mak Long belanja
    Syahir boleh kan..kan..kan2

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum & Happy Birthday Syahir...Ma'af Jika Mak Long Lewat Kemari, Sibuk Sikit Sebab Tengah Renovate Rumah Kat JB...Asyik Terkejar-kejar Ke sana Ke mari:) Semuga Syahir Sentiasa Di Dalam Rahmat Allah...LOVE YOU!

    BalasPadam