Jumaat, Februari 17, 2012

Bangsa Ini


Bangsa ini dahulunya punyai empayar yg besar.....
Bukan sekecil yg dilihat mata anak merdeka......
Bangsa ini dahulunya bersatu padu pertahan wilayahnya......
Bukan seperti sekarang berpuak menjaga harta sendiri.....
Bersatulah semula bangsa yang tercinta tanpa hasad dihati.....

Bangsa ini dahulunya terkenal kerana pendirian teguh.....
Bukannya boleh ditolak dan dipaksa menyata dusta.....
Bangsa ini dahulunya punya banyak harta......
Bukan sekadar harta malahan ilmu yang tinggi.....
Banyak yang sudah hilang akibat persengketaan.....

Wahai banga tercinta ayuhlah bangun dari lenamu.....
Wahai bangsa tercinta buang iri hati yang membelenggu.....
Wahai bangsa tercinta hayunkan kakimu maju bersama.....
Wahai bangsa tercinta pertahan sisa tanah airmu yang mengecil.....
Wahai bangsa tercinta jangan dilupa apa asalmu apa agamamu.....

Ayuh buktikan pada dunia bangsa ini bukannya kerdil.....
Ayuh buktikan bahawa bangsa ini boleh berdiri teguh.....
Ayuh buktikan kita cinta tanah air ini hingga nafas terakhir.....
Ayuh buktikan sekali lagi kita bukan bangsa tak berilmu......
Ayuh buktikan kita mampu bangun menentang apapun.....

Bersatulah,bertahanlah,berdirilah,belajarlah,buktikanlah.....
Sehingga tuhan menjemput kita kembali
Be Yourself Respect Other!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan