Jumaat, Oktober 09, 2015

Marilah berdoa perjanjian tppa dajal x termeterai

Janganlah kerana uang,
Negaramu dan maruahmu tergadai,
Jangan kerana kesenanganmu,
Rakyatmu menderita dijajah,
Negaranya sudah terjual....

Kenapa yang muda,
Sering menjadi mangsa,
Kenapa yang tua,
Hanya menyokong buta-buta,
Lupakah mereka perjuangannya...

Bila petah berbicara,
Menjadi bisu lidahnya,
Bila diam membisu,
Menjadi petah berbicara,
Siapa yang benar....

Omong-omongan kosong,
Tidak mengetahui bicaranya,
Omong-omongan palsu,
Tiada benarnya langsung,
Semuanya pembohongan nyata...

Cuba membutakan mata,
Mereka dibawah dan diatas,
Cuba membisukan bicara,
Mereka disekeliling mu,
Demi mengekalkan kuasamu...

LUPAKAH KAU KUASAMU,
SIAPA YANG MEMBERI,
LUPAKAH KAU KUASAMU,
SIAPA YANG MERESTUI,
LUPAKAH DIRIMU MANUSIA...

Kau lahir berbogel,
Kedunia tuhan ini,
Kau lahir lemah,
Mengharap ehsan persekitaran,
Kau lupa diri....


Be Yourself Respect Other!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan